Wednesday 18 November 2015

MENGEJUTKAN!! Cerita Sebenar Di Sebalik Kisah Ibu Terima Kejutan Sebuah Audi Q5 Daripada Anak Usia 23 Tahun


$%Lihatlah reaksi seorang ibu yang begitu gembira apabila diberi sebuah kejutan istimewa oleh anaknya yang baru berusia 23 tahun. Pasti ramai ibu-ibu mencemburui dirinya apabila dia menerima sebuah Audi Q5 Quattro 2.0 sempena hari jadinya.




Imej: Koleksi peribadi Muhammad Afham Fareez
IMEJ: KOLEKSI PERIBADI MUHAMMAD AFHAM FAREEZ
Tetapi rasa cemburu itu cepat bertukar menjadi sebak apabila mendengar kata-katanya di video ini berkenaan kejutan tersebut:


.

Ibu bertuah ini bernama Foziah binti Idris merupakan seorang pembantu kakitangan di Akademi Latihan Pekan, Pahang yang mempunyai 5 orang anak lelaki. Kejutan ini telah dibuat oleh anak lelaki kedua, Muhammad Afham Fareez, di tempat kerjanya.

Facebook
FACEBOOK
Menurutnya, dia berasa terharu, bangga dan bersyukur dianugerahkan anak-anak lelaki yang sentiasa berlumba-lumba untuk membuatkannya berasa gembira, dan mencurahkan bakti kepada dia dan suaminya.

Afham Tunai Nazar

Muhammad Afham Fareez (Afham) atau dikenali sebagai Angah di kalangan ahli keluarga berasa sangat gembira apabila melihat reaksi ibu yang begitu teruja kegembiraan saat menerima kejutan daripadanya.

Imej: Koleksi peribadi Muhammad Afham Fareez
IMEJ: KOLEKSI PERIBADI MUHAMMAD AFHAM FAREEZ
“Saya berasa sangat gembira. Tersangat-sangat gembira. Tidak pernah saya melihat ibu saya happy macam tu hehe. Dalam hati saya yakin, apa yang saya lakukan itu sangat tepat.” ujar anak jati Pekan, Pahang ini.

Afham turut menceritakan kepada Vocket bahawa dia pernah berjanji untuk menghadiahkan sesuatu kepada ibu dan bapa sekiranya dia mendapat pekerjaan selepas beberapa bulan menganggur. Janji itu telah dijadikan sebagai satu nazar buatnya.

Asalnya Puan Foziah hanya meminta sebuah beg tangan apabila mengetahui nazar anaknya itu tetapi bagi Afham, pemberian beg tangan itu tidak dapat membuatkan ibu sentiasa mengingati dirinya sekiranya dia tidak dapat balik kerana tuntutan tugas terutama di hari perayaan.

Imej: Koleksi peribadi Muhammad Afham Fareez
IMEJ: KOLEKSI PERIBADI MUHAMMAD AFHAM FAREEZ
“Saya tekad memberi hadiah kereta kepada ibu kerana keretanya sudah rosak. Itu lebih baik dari saya membelinya handbag. Selain itu, beberapa bulan yang lepas saya telah bercakap sambil jenaka dengan ibu, jika saya menghadiahkan kereta, saya (Angah) berharap ibu akan sentiasa ingat Angah setiap kali menggunakan kereta jika saya tidak balik. Terutama pada hari Raya.” terang Afham.

Rancang Kejutan Istimewa Buat Ibu Seperti Hari Bermakna Dalam Hidup Afham


Tanpa mendedahkan berapa lama tempoh bekerja sebagai seorang juruterbang selepas tamat latihan di Asia Pacific Flight Training, Afham sudah lama merancang kejutan ini bersama ayah dan abang.

“Saya sudah lama merancang kejutan ini. Cuma saya tidak berkesempatan untuk membuat kejutan istimewa ini dengan jadual yang padat dan masih menunggu hadiah kereta ini siap sepenuhnya sebelum dihantar kepada ibu saya. Haha.

Kisahnya bermula pada hari Jumaat 6hb November (2015), ibu saya bekerja pejabat di Pekan, Pahang. Manakala, saya bekerja di Kuala Lumpur (KL). Sebaik sahaja saya tamat kerja, saya terus pergi ke showroom berkenaan untuk mengambil kereta tersebut.

Ayah serta abang saya telah berpakat untuk membuat kejutan ini. Jadi, ayah saya sanggup datang ke KL dengan menaiki flight dan sama-sama membawa pulang kereta ini.” jelas Afham.

Namun begitu, kejutan ini hampir-hampir tidak menjadi kenyataan apabila rancangan asal buat kejutan di tempat ibu bekerja pada pukul 3 petang telah berganjak ke pukul 5.30 petang disebabkan oleh faktor hujan. Ibunya pula akan pulang ke rumah selepas tamat kerja pada pukul 5.00 petang.

“Asalnya untuk membuat surprise di tempat kerja ibu. Tapi disebabkan kelewatan saya terpaksa berfikir satu cara untuk mengelakkan mak saya balik awal.



Oleh itu, saya menyuruh abang saya memaklumkan kepada emak bahawa ada baucer KFC dari Perodua (tempat kerja abang) untuk staf-staf dan students di tempat kerja emak.

Emak tanpa fikir panjang terus setuju. Haha! Jadi, saya meminta abang untuk belanja mereka semua dan saya akan membayar balik (kepada abang). Pada masa itu ada lebih kurang 40 pelajar dan 5 orang staf.

Imej: Koleksi peribadi Muhammad Afham Fareez
IMEJ: KOLEKSI PERIBADI MUHAMMAD AFHAM FAREEZ
Dari situ lah bermula kejutan apabila saya sampai pukul 5.35 petang dan mereka sudah habis makan. Abang saya serta staf dan students lain telah menarik keluar ibu saya ke tempat kejutan.”

Ramai yang bertanya kenapa Afham memuatnaik kejutan istimewa ini di media sosial dan mengupah jurugambar untuk merakam detik-detik tersebut. Ini jawapan Afham:

“Untuk (mereka) yang bertanya kenapa saya post event/hadiah itu di social media dan mengupah fotografer ialah kerana saya beranggapan kalau kita teruja dan happy jikalau sambut majlis harijadi/tunang/nikah dan ingin merakam setiap detik manis, kenapa pula saya tidak boleh lakukan (perkara yang sama) kepada satu-satunya emak saya.” tegas Afham.

Ibu Penyayang Tetapi Tegas Orangnya

“Ibu adalah seorang yang penyayang dan tegas dengan anak-anaknya. Ibu selalu menasihati kami tidak kira di mana sahaja secara spontan.” kata Afham yang turut menyatakan ibu sering menasihatkan mereka adik-beradik untuk selalu bersedekah dan berfikiran positif.

Baca: Kisah Hutang Dilunaskan Melalui Keajaiban Sedekah Yang Menyentuh Hati Kita

Pandangan Afham terhadap ibunya ini sejajar dengan kata-kata Puan Foziah di dalam video dan komennya yang ditulis di Facebook Afham.

Facebook
FACEBOOK
Selepas ini Afham bercadang untuk membawa kedua ibubapanya mengerjakan umrah pada tahun hadapan.

Afham dan #positivevibe

Facebook
FACEBOOK
Memegang nasihat ibu menjadi seorang yang berfikiran positif, Afham berasa begitu besar nikmat dan hikmah di sebalik anugerah Allah yang telah menghadiahkannya sebuah pekerjaan yang selesa di usia muda ini dan dipermudahkan setiap cabaran yang dihadapinya.

Peluang ini membolehkan dia berbakti kepada ibu bapa sebelum dia fokus kepada perkahwinan dan lain-lain. Afham turut percaya berkat ketaatan dan menggembirakan ibu bapa akan membuatkan rezeki tidak terputus.

“Saya menyeru dan berharap kepada anak-anak muda di luar sana supaya berbakti kepada ibu bapa mereka. Janganlah kita berkira dengan ibu bapa kita. Mereka tidak pernah berkira dengan kita. Jangan rasa takut untuk mewahkan ibu bapa. Percayalah, rezeki akan datang tidak putus selepas itu. Selalulah menggembirakan ibu bapa ya!” jelas Afham, yang merupakan bekas pelajar MRSM Kuantan dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Facebook
FACEBOOK
Sebelum mengakhiri temubual ini, saya sempat bertanya kepadanya adakah menjadi juruterbang itu adalah cita-cita sejak dari kecil. Jawapan Afham membuatkan saya bertambah rasa kagum terhadapnya.

“Sebenarnya cita-cita saya adalah untuk menjadi seperti ayah saya iaitu jurutera. Tetapi ayah saya teringin untuk menjadi seorang juruterbang tapi tidak kesampaian, dan sejak dari itu saya tanamkan dalam diri saya untuk menjadi juruterbang pertama dalam kelompok keluarga saya.”

Facebook
FACEBOOK
Terima kasih kepada Tuan Muhammad Afham Fareez yang sudi bekerjasama dan meluangkan masa untuk sesi temubual bersama Vocket. Semoga terus membahagiakan kedua ibu bapa sehingga ke akhir hayat.


sumber asal : The Vocket


Terkejut Tak?? Inilah Punca Sebenar Kenapa Kulit Lutut Dan Siku Kita Berwarna Gelap/Hitam...

$%Lutut yang gelap dan hitam sememangnya menjadi satu masalah yang cukup mengganggu, lebih-lebih lagi bagi para wanita. Pernah ada satu kes, seorang lelaki mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan cintanya gara-gara pasangannya menyembunyikan rahsia yang lutut dan sikunya gelap.

Namun, pernahkah kita terfikir Mengapa? dan Apa punca sebenar warna kulit pada bahagian lutut dan siku lebih gelap?

Sebenarnya, kulit hitam pada lutut adalah disebabkan oleh pengambilan kadar gula yang berlebihan dan kulit pada bahagian itu kering kerana sering bergeseran dengan pakaian. Antara penyebab lain lagi yang menjadikan lutut hitam adalah,

1) PIGMEN KULIT - Sebenarnya siku dan lutut mempunyai lapisan kulit yang sangat tebal berbanding kulit-kulit yang lain. Oleh kerana itulah kedua bahagian ini mempunyai kulit yang sedikit gelap jika diamati sedalamnya.

2) KELENJAR MINYAK - Keadaan kulit yang kering pada bahagian siku dan lutut disebabkan oleh wujudnya kelenjar minyak yang berlebihan. Maka secara tidak langsung pekara ini menyebabkan kulit di bahagian siku dan lutut mudah kering dan semakin  rapuh.

3) TEKANAN/GESERAN - Secara Amnya siku dan lutut bahagian yang mendapat tekanan yang lebih. Contohnya bila kamu berlutut dan menopang dagu. Keadaan ini telah menyebabkan kulit di kedua bahagian ini membentuk satu lapisan yang keras di panggil berlulang.

4) RADIASI MATAHARI - Kulit yang sering terdedah kepada pancaran matahari boleh menyebabkan radiasi. Oleh kerana itulah siku dan lutut  kamu sering mengalami berlulang dan kehitaman berbanding kulit di bahagian yang lain.

Kerana inilah kulit di bahagian siku dan lutut tidak seindah kulit di bahagian yang lain.

Tetapi, adakah kamu mengalami nasib yang ‘malang’ ini ? Kalau ya, sudah tentu kamu ternanti-nanti dan ingin tahu cara yang paling mujarab untuk mencerahkan kepala lutut dan siku yang hitam itu?

Bagi yang tertanya-tanya cara yang mudah dan berkesan untuk memutihkan semula lutut anda yang hitam, disini kami kongsikan 4 cara mudah untuk memutihkan kembali tona kulit pada lutut dan siku anda.


Bawang

Bawang bukan sahaja menjadi bahan penting dalam masakan, malah boleh juga menjadi penawar kepada kulit lutut yang hitam. Caranya adalah dengan mengambil satu labu bawang merah dan bawang putih. Kemudian hancurkannya sehingga halus sebelum dicampur dan disapu pada kulit lutut. Tunggu selama 10-15 minit sebelum dibersihkan.

Minyak Zaitun atau Minyak Kelapa

Seperti sedia maklum, minyak zaitun antara minyak yang boleh digunakan untuk menjaga kulit. Untuk memutihkan lutut yang hitam pula, sedikit kaedah tambahan diperlukan. Panaskan satu sudu teh minyak Zaitun kemudian lumurkan di kulit lutut. Amalkan tiga kali seminggu sebelum anda tidur pada sebelah malam.

Scrub Oatmeal

Selain baik untuk kulit muka, Scrub Oatmeal juga boleh dijadikan ubat bagi lutut hitam. Caranya adalah dengan mencampurkan dua sudu teh oatmeal dengan krim. Sekiranya tidak mempunyai krim, madu juga boleh digunakan sebagai ganti. Adunkan kedua-dua bahan itu sehingga rata, kemudian lurut di di kulit lutut dan biarkan selama dua minit. Setelah campuran itu kering, gosokkan dengan perlahan sehingga ia bersih dari lutut anda.

Lemon atau Limau Nipis Bersama Madu

Campurkan air perahan lemon atau limau nipis dengan satu sudu teh madu, kemudian gosok di lutut dan dibiarkan selama 15 - 30 minit. Kemudian bersihkan dengan air. Untuk hasil yang lebih memuaskan, ulang 1-3 kali seminggu.


sumber asal


Petanda Apakah Ini? 15 Gambar) Satu Makhluk Aneh Telah Berjaya Ditemui Di Thailand..SANGAT MENGEJUTKAN..

$%Mungkin ini adalah makhluk paling aneh di dunia. Ditemui di Thailand! yang kini menjadi topik hangat netizen dan menjadi viral di media sosial. Dari segi fizikalnya, makhluk ini seakan-akan manusia, namun penampilannya agak berbeza daripada manusia biasa.. Makhluk jantina lelaki ini mencipta baju unik dari pelbagai benda aneh yang diperolehi disekitarnya.

Baju tersebut diperbuat dari benda aneh seperti  kulit durian, daun pisang, daun papaya, jerami dan lain-lain. Remaja ini juga turut membuat baju unik dengan memanfaatkan sehelai kain panjang sehingga memukau mata sesiapa sahaja yang melihat fesyen peliknya ini.


Pisang & Durian
Selain baju yang aneh, “pose” dia menggayakan pakaian peliknya itu turut mendapat perhatian warga Netizen kerana kelentikan badannya yang mengalahkan model berpengalaman. Ramai yang kagum dengan keberanian makhluk ini menggayakan “fesyen hutan” yang diciptanya  sehingga menjadi bahan ketawa pengguna laman sosial. Dalam akaun facebooknya, makhluk ini menggelar dirinya sebagai 'ThaiBan Fashionist'. Daripada informasi di akaun facebooknya, ternyata dia merupakan warga Khon Kaen, Thailand. Dia juga merupakan seorang siswa di sekolah Fangwittayayon School. Dianggarkan, usia remaja ini  di antara 15 atau 17 tahun.


Betik & Buluh
Gambar-gambar yang dimuatnaik oleh  ThaiBan  menarik banyak perhatian pengguna laman sosial. Setiap gambar yang dimuatnaik olehnya pasti akan mendapat sekurang-kurangnya 3000 “like” dari pengguna laman sosial. Malah setiap gambarnya turut mendapat sehingga beratus-ratus komen. Kami pun tertanya-tanya dan terfikir dari mana dia mendapat idea untuk mencipta baju-baju yang unik dan mungkin tidak pernah kita lihat dan bayangkan sebelum ini.

ThaiBan juga memuatnaik gambar-gambarnya  di akaun peribadi Instagram miliknya yang mempunyai 3700 pengikut. Selain itu, tempat atau latar belakang ketika dia menggayakan fesyen peliknya turut menarik perhatian kami. Dia melakukan pertunjukan fesyennya di sawah, sungai, di kebun pisang, tali air sehingga di atas pohon pokok.




Jaring Penghalang Sinaran Matahari

Zink


Pelik-pelik lah! Tak pernah lagi dibuat orang. Hihihi..


sumber asal


Tuesday 17 November 2015

Sedih Sekali : " YA ALLAH ". SUBHANALLAH ! Saya tergamam, sebak mendengar kata-katanya...


$%Terjumpa seorang tua yang tinggal sekampung dengan saya di pekan, katanya nak ke setesen bas untuk balik, saya ajak balik dengan saya. Dia setuju. Mukanya berpeluh kerana berjalan dalam panas, datang ke pekan nak beli batu pengasah dan pisau menebas rumput. "Kita singgah minum sikit." kata saya mempelawa.

Dia tidak menolak mungkin kerana terasa haus. Saya singgah di satu kedai nasi kandar.

Saya order tosai masala dan teh o ais. Dia hanya order teh o ais. Bila disuruh order makan, dia menolak tetapi saya rasa dia hanya terasa segan.

Lalu saya tanya dia, "Pak ngah, kita cuba tose masala, sedaaap!"

Dia membalas, "Cikgu nak belanja saya, saya terima saja. Tekak orang susah macam saya ni mana boleh memilih." Saya senyum saja. Kami makan sambil berbual.
Katanya, "Sedap cikgu. Saya tak pernah makan, ingat ini orang India saja makan."

Selesai makan dia bertanya, "Mahai ka tose ni, berapa duit sebiji?". Saya membalas, "RM 3.50 sebiji." Dia kelihatan meraba poket baju telok belanganya, mengeluar uncang plastik kecil yang berlipat. Ada beberapa not seringgit dan duit siling.

Saya sangka dia nak bayar, cepat-cepat saya suruh dia simpan, kerana saya nak bayar. Tetapi dia berkata,
"Saya rasa bersalah, rasa mengkelan, kerana saya dapat makan yang sedap hari ni, tapi anak bini saya tidak. Kami selalu kongsi susah senang. Bila makan sedap begini, saya teringat kat depa, saya nak beli bawak balik untuk depa juga, supaya saya tak rasa bersalah, rasa penting diri. Beli sebiji pun jadilah, depa boleh kongsi lima orang. Kalau tak kenyang pun, dapat rasa jadilah."

Ya Allah. Subhanallah! Saya tergamam, sebak mendengar kata-katanya. Betapa kuat ingatan kasihnya kepada anak isterinya. Betapa aku tidak pernah mempunyai ingatan sebegini bila makan di luar sendirian. Jernihnya jiwa insan ini, kemiskinan mendidik mereka berkongsi segalanya, baik yang susah mau pun yang menyenangkan.

Saya order 3 biji tose masala untuk dia bawa balik. Senyumnya ketika turun dari kereta membayangkan kepuasan dan kegembiraannya.

Tuhan menunjukkan kepada saya hari ini bagaimana bersihnya jiwa mereka yang serba kurang dalam hidup, berkongsi segalanya, sedang kita yang mewah, membina sikap individualistik. Makan pun dah jarang bersama, makan pun tak sama, apa lagi berkongsi susah senang. Lihatlah betapa anak-anak mengabai ibu bapa, apa yang mereka makan, apa masalah yang mereka hadapi. Ada juga ibu bapa yang tak peduli masalah anak, asal beri duit dah cukup.

Ada bapa yang ke majlis sana sini, hanya membawa perut yang kekenyangan balik ke rumah..

Ada yang hanya bawa balik sendawa berbau durian bila dijamu di luar sedang anak isteri tak pernah merasa.

Perkahwinan itu perkongsian yang berterusan hingga ke liang lahat. Berkongsi dengan isteri, anak bahkan cucu. Binalah ingatan bersama. Jika orang tua ini begitu terasa perlunya berkongsi walau hanya pada perkara makan, bermakna mereka berkongsi lebih jauh lagi dalam hal lain.

Itulah yang membina keeratan ikatan kekeluargaan.


Cerita oleh - Isma Anis Alfikri


MENGEJUTKAN!! Ramai Tak Dikalangan Anda Peminat Teh Madu?Mari Lihat Apabila Teh Dicampurkan Dengan Madu..Inilah Yang Akan Berlaku Pada Tubuh Anda...!!


$%Minuman teh hangat sememangnya menjadi pilihan setiap kali menjelang pagi. Gabungan rasa sedikit manis dan pahit, menyegarkan tekak dan melegakan perut. Minuman yang tepat untuk menikmati keceriaan di pagi hari.

Madu sering disebut-sebut sebagai alternatif gula yang lebih menyehatkan. Bagi merasai kelainan, ramai yang mengkombinasikan teh manis hangat bersama campuran pemanis madu. Namun, sedarkan anda akan kesan pengambilan minuman teh yang dicampurkan madu terhadap tubuh anda?

Apa yang terjadi bila anda minum air teh yang dicampurkan dengan madu?

Ini yang akan terjadi!


Meningkatkan Daya Fokus

Perpaduan teh dan madu akan membuat tubuh lebih fresh dan otak yang lebih konsentrasi. Sedikit unsur kafein dalam teh akan membuat tubuh fresh tanpa efek samping seperti kopi. Madu juga akan membuat mood tetap bagus. Maka minumlah teh campur madu menjelang ujian atau meeting.

Membakar Kalori

Padukan teh (terutama teh hijau) dan madu, maka Anda akan mempercepat proses metabolisme tubuh. Artinya.. tubuh Anda membakar kalori lebih cepat. Makin banyak kalori dibakar, makin terkikis lemak di tubuh Anda. Maka lebih baik minum teh campur madu setiap hari. Tapi madunya jangan banyak.

Menguatkan Tulang

Mereka tak suka minum susu tetap miliki tulang yang kuat. Campuran teh bersama madu dapat membuat tulang kuat dari dalam. Malah, kandungan zat besi, kalium, dan kalsium dalam madu bukan sahaja menguatkan tulang, tetapi juga otot.

Mencegah kanser

Salah satu manfaat kesihatan yang penting dari teh hijau dengan madu adalah dapat memberikan Anda zat antioksidan yang luar biasa. Zat ini mampu menjaga kesihatan sel tubuh Anda dan membuat Anda terhindar dari kanser.

Meningkatkan Kesihatan Gigi

Gigi berlubang, plak, dan masalah gigi lainnya dapat Anda atasi dengan minum teh hijau madu. Hal ini disebabkan karena kandungan katekin di dalam teh hijau yang dikombinasikan dengan madu mampu melawan bakteri streptococcus mutans yang menyebabkan masalah gigi.



sumber asal


NGERI!! (16 Gambar) Keretapi Laju Tergelincir Di Perancis, 10 Penumpang Terbunuh


$%Sepuluh orang terbunuh apabila sebuah keretapi laju milik Perancis yang sedang dalam ujian tergelincir di Eckwersheim ke timur negara itu pada Sabtu.

Ia adalah insiden pertama seumpamanya sejak perkhidmatan keretapi laju TGV itu diperkenalkan 30 tahun lalu.

Antara yang maut adalah anggota sekumpulan 49 juruteknik keretapi yang berada di dalam gerabak malang itu.

Tiada penumpang lain ketika itu.
Ketika nahas, keretapi terbabit dikatakan sedang bergerak pada kelajuan 350km sejam di atas landasan yang menjadi sebahagian dari ujian perkhidmatan itu yang akan dilancarkan pada musim luruh tahun hadapan.
Selain itu, 37 yang lain dilaporkan cedera.
Gerabak keretapi itu tergelincir berhampiran sebuah jambatan dengan ketinggian lebih 40 meter di atas terusan.
Seorang pegawai kanan daerah Alsace, lokasi nahas berlaku, Dominique-Nicolas Jane berkata, kegelinciran berlaku kerana keretapi sedang memecut dengan kelajuan yang tinggi ketika melalui kawasan di timur negara itu.
Bagaimanapun polis masih belum mengesahkan punca sebenar nahas.