Wednesday 3 August 2016

Filled Under:

Kepada Ibubapa Sekalian!! Tolong jangan saja-saja meletakkan anak-anak anda di SJKC tanpa sebarang persediaan yang lengkap. Kalau main hantar saja tanpa tahu apa-apa, naya anak kita nanti! Kasihan pada mereka.


2. KENALI GURU

Kenalilah guru-guru anak kita untuk mengenalpasti perkembangan anak-anak. Ibu bapa perlu kejar guru kerana guru di SJKC ini semuanya sibuk kerana mereka akan semak kerja rumah anak-anak murid setiap hari.

3. TUBUHKAN 'SUPPORT GROUP'

Tubuhkan satu kumpulan sokongan dengan ibu bapa pelajar yang lain agar dapat bantu membantu. Oleh kerana sekolah Cina wajib dan harus buat kerja rumah yang banyak, adakalanya 10 hingga 15 kerja rumah sehari. Senarai kerja rumah (kongker) selalunya akan disalin di papan hitam. Jika anak-anak kita lembab nak menyalin, kelak dia tidak tahu kerja rumah mana yang perlu dibuat.

Semasa buku kerja rumah diserahkan kepada guru dan anak kita tak buat kerja rumah, dia akan dimarahi oleh guru dengan 'kaw-kaw'. Bila guru marah, bukan salah guru. Guru marah kerana dia mahukan anak kita menjadi pelajar yang berjaya.

Seandainya ibu bapa campur tangan dalam hal guru memarahi anak, kelak anak kita bakal diboikot oleh guru. Solusinya, selagi guru yang menghukum dengan tidak menjatuhkan maruah anak kita, kita tidak sepatutnya marah. Jadi, pastikan anak-anak kita buat kerja sekolah yang telah diberikan.

Bantu membantu di antara ibu bapa adalah kunci kepada permasalahan ini. WhatsApp group yang ditubuhkan itu sudah pasti akan banyak membantu. Lantiklah seorang ketua dalam kalangan ibu bapa di dalam group tersebut, yang caring dan suka membantu.

Sebagai contoh, dalam group parents kelas 2B, seorang ibu bernama Vivian selalu membantu anak dan ibu bapa. Silalah bersedia untuk membantu anak-anak membuat kerja rumah sehingga larut malam.

4. PERANAN IBU BAPA 100%

Anak-anak Darjah Satu hingga Dua memerlukan pengelibatan ibu bapa yang lebih untuk memeriksa buku-buku yang perlu mereka bawa. Jangan tak bawa buku kerana anak akan dikenakan hukuman seperti berdiri di luar kelas dan ini akan memberikan tekanan yang tidak baik kepada mereka.

Salin jadual waktu pembelajaran anak-anak dengan cermat dan ambil tahu apa aktiviti kelas mereka. Jika ada ujian ejaan bahasa Cina, pastikan anak-anak buat latihan yang secukupnya. Kalau silap, pasti terkena!

5. PASTIKAN ANAK BERDISIPLIN

Soal disiplin adalah keutamaan di SJKC. Peraturan adalah peraturan, tiada sebarang kelonggaran yang diberikan. Ibu bapa harus peka terhadap peraturan sekolah. Jangan sesekali hantar anak-anak lewat, rambut perlu kemas dan pendek seperti yang ditetapkan, kuku pendek, lencana dan tag nama harus dijahit kemas. Di hari murid-murid memakai pakaian sukan, mesti pakai pakaian sukan. Hari Isnin, perlu datang awal kerana ada perhimpunan sekolah. Jika didapati melanggar peraturan, anak kita akan dilabel sebagai murid yang bermasalah dan ini akan menganggu prestasi akademik mereka.

6. BEKALKAN MAKANAN

Bagi orang Islam, sediakan bekalan makanan untuk anak-anak sekiranya ibu bapa berasa was-was dengan makanan yang dijual di kantin sekolah. Jika tiada masa, cari ibu bapa yang buat bisnes bekalan halal untuk anak-anak kita.

7. KERJA RUMAH DISIAPKAN SEBELUM TIDUR

Jika kita tidak mahu menghantar anak kita ke tuisyen sekolah sampai jam 3 petang, carikan tuisyen untuk dia. Jika hantar anak ke SAR, pastikan kerja rumah sudah siap sebelum tidur.

8. JANGAN SENSITIF

Anak kita dimarahi oleh guru adalah perkara biasa. Terutamanya guru yang suka bising-bising. Jadi, jangan terlalu sensitif dan ibu bapa diminta mempersiapkan mental anak untuk menerima keadaan seperti itu.

9. PASTIKAN SILIBUS AGAMA DIAJAR

Bagi yang beragama Islam, kenalilah ustazah atau ustaz di sekolah SJKC tersebut. Pastikan juga silibus agama yang diajar. Ajarlah anak-anak anda sendiri membaca Al-Fatihan, surah lazim dan lain.lain.

Tolong jangan saja-saja meletakkan anak-anak anda di SJKC tanpa sebarang persediaan yang lengkap. Kalau main hantara saja tanpa tahu apa-apa, naya anak kita nanti! Kasihan pada mereka, guru juga akan tertekan untuk menguruskan anak-anak yang mana ibu bapa mereka jenis yang bersikap lepas tangan.

InshaAllah jika kita istiqamah, anak-anak kita akan mendapat kebaikan di sekolah SJKC ini. Mereka akan lebih berdisiplin dan hormat kepada ibu bapa dan guru. Jika kita masukkan elemen agama setiap masa di luar sekolah, itu lebih baik dan akhir juga terbela.

Cuma saya lihat, anak-anak menjadi agak skema sikit kerana adakalanya SJKC ini terlalu tegas, namun ada kebaikannya.

Ini sajalah perkongsian pengalaman yang saya boleh kongsikan. Maaf jika penulisan ini terlalu panjang. Sebenarnya perkongsian ini merupakan pengalaman isteri saya, Sharifah Suhaiza Tuan Sidek dengan anak kami Batrisyia Emilyn Bahari. Saya tukang tulis sahaja. - Emil Bahari